MAKNA-MAKNA PADA LOGO RASMI KELAB KEBAJIKAN KAKITANGAN BANGUNAN TUANKU SYED PUTRA PULAU PINANG
1. Gambar Bangunan Tuanku Syed Putra Pulau Pinang bermakna di sinilah tempat semua ahli kelab berkhidmat.
2. Tulisan "KELAB KEBAJIKAN KAKITANGAN BANGUNAN TUANKU SYED PUTRA" yang berbentuk bulat melambangkan permuafakan antara semua ahli kelab seperti pepatah yang mengatakan "Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.
Digabungkan oleh warna-warna BIRU, KUNING, HIJAU yang membawa maksud ahli-ahli kelab yang bertugas di Negeri Pulau Pinang.
3. Kalungan Bunga Padi pada logo membawa maksud Kelab adalah bertanggungjawab menjaga kebajikan kesemua ahli kelab yang bertugas di BTSP.
4. Warna-warna yang tertera di bunga padi: HIJAU, KUNING, MERAH membawa maksud:-
HIJAU - Melambangkan Agama Rasmi di Malaysia yang mengajak kepada semua Rakyat Malaysia untuk berbuat kebaikan tanpa mengira kaum.
KUNING - Melambangkan taat setia ahli-ahli kelab kepada Yang Di-Pertuan Agong Malaysia.
MERAH -Melambangkan ciri-ciri keberanian yang ada dalam diri setiap ahli untuk terus maju melangkah kehadapan untuk menghadapi apa jua cabaran, rintangan dan halangan yang datang.
5. Slogan "Bersama Kita Merealsasikan 1 Matlamat" adalah merupakan satu kata-kata yang membangkitkan semangat juang bersama di kalangan ahli untuk mencapai matlamat yang disasarkan.
6. No. Pendaftaran: PPM-001-07-22032017 bermaksud kelab ini adalah sebuah kelab yang telah sah berdaftar dengan JPPM.
7. Tulisan 3K BTSP 2PG - Adalah satu singkatan kepada nama kelab ini. Ia ditempatkan di bahagian kemuncak bangunan tinggi yang membawa maksud kejayaan-kejayaan yang bakal dicapai dan seterusnya menjulangkan nama baik kelab di mata rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment