KELEBIHAN & KEPENTINGAN BERDAFTAR SEBAGAI AHLI KELAB KEBAJIKAN KAKITANGAN BANGUNAN TUANKU SYED PUTRA PULAU PINANG
Berdasarkan keputusan yang telah dibuat di dalam mesyuarat penubuhan Kelab Kebajikan Kakitangan BTSP Pulau Pinang yang lalu:
KEAHLIAN
Keahlian adalah DIWAJIBKAN kepada semua kakitangan BTSP
YURAN - YURAN
Yuran Pendaftaran: RM10.00
Yuran Tahunan: RM12.00
PROMOSI KEAHLIAN BAGI TAHUN 2017 (TAHUN PERTAMA PENUBUHAN)
1. Potongan sebanyak RM2.00 ke atas Yuran Tahunan diberikan sebagai langkah2 promosi awal penubuhan.
2. Pada tahun 2018, kutipan Yuran Tahunan adalah seperti biasa yakni RM12.00/setahun
3. Jumlah yuran pada Tahun 2017 adalah RM20.00 sahaja. Mestilah diserahkan bersama Borang Keahlian
Berikut adalah antara faedah-faedah dan keistimewaan yang boleh dinikmati sebagai seorang ahli kelab yang sah berdaftar:
(A) KEBAJIKAN AHLI
1. Sumbangan atas kematian
2. Sumbangan atas kelahiran + hamper
3. Sumbangan krn masuk wad
4. Sumbangan kpd ahli yg fakir miskin
5. Sumbangan kpd ahli yg terkena musibah
6. Elaun yg akan dibayar secara one-off kpd anak2 ahli yg cemerlang dalam peperiksaan UPSR/ PT3/ SPM/ SPMV/ SMRA/ STAM/ STPM sahaja
7. Elaun yg akan dibayar secara one-off kpd anak2 ahli yg masuk ke pusat pengajian tinggi (IPTA / IPTS)
8. Elaun Hadir Mesyuarat Agong (CADANGAN)
9. Elaun Perkahwinan + Hamper (PERKAHWINAN PERTAMA SAHAJA) - dibayar sekali sahaja seumur hidup
(B) AKTIVITI SUKAN, REKREASI, SOSIAL & KEBUDAYAAN
1. Karom, ping pong, bowling, dart, futsal dan sebagainya
2. Aktiviti sukaneka
3. Senamrobik
4. Hari keluarga Kakitangan BTSP
5. Ekspidisi jelajah sambil belajar menghayati keindahan alam semula jadi
6. Aktiviti perkhemahan
7. Program gotong royong
8. Majlis makan malam (dinner)
(C) PROGRAM KESIHATAN
1. Pemeriksaan kesihatan secara percuma utk semua ahli. Bukan ahli akan dikenakan bayaran RM5.00
2. Ceramah2 kesihatan
3. Program derma darah
4. Program gaya hidup sihat
(D) AKTIVITI PENJANAAN EKONOMI - Profit Sharing (CADANGAN)
(E) BERPELUANG UNTUK MENGIKUTI PROGRAM2 KE ARAH PEMBENTUKAN PERIBADI/ SAHSIAH
(F) LAIN2 PROGRAM BERMANFAAT YG DIFIKIRKAN PERLU UNTUK AHLI
MAKLUMAN
+ kesemua keistimewaan di atas adalah untuk semua ahli Kelab Kebajikan Kakitangan BTSP Pulau Pinang yang sah berdaftar sahaja
+ kad keahlian akan diberikan kepada setiap ahli yang sah berdaftar dan membayar yuran pendaftaran & yuran tahunan sahaja
No comments:
Post a Comment