SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KELAB KEBAJIKAN KAKITANGAN BTSP PULAU PINANG NO. PENDAFTARAN: PPM-001-07-22032017 INFO: (1) KEAHLIAN ADALAH DIWAJIBKAN KEPADA SEMUA KAKITANGAN BTSP (2) YURAN PENDAFTARAN RM10.00 (3) YURAN TAHUNAN RM12.00 (4) KAKITANGAN YANG MENDAFTAR SEBAGAI AHLI KELAB PADA TAHUN INI AKAN DIBERIKAN POTONGAN YURAN TAHUN PERTAMA SEBANYAK RM2.00

Thursday, January 11, 2018

KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP BTSP ANJURAN KELAB KEBAJIKAN KAKITANGAN BANGUNAN TUANKU SYED PUTRA PULAU PINANG 2017

Assalamualaikum Wbth... Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...

Rasanya sudah lama benar admin tak update apa apa berita dalam blog kelab kita ni... Admin agak sibuk sebenarnya...

Ok, buat entry pada kali ini, admin nak berkongsi cerita sedikit pasal bowling... Jom...
-------------------------------------------------------------------------------

23 Disember 2017, Sabtu - Kelab Kebajikan Kakitangan BTSP Pulau Pinang telah berjaya menganjurkan satu program yang dianggap sebagai salah satu program tahunan iaitu "Kejohanan Bowling Tertup BTSP 2017" yang bertempat di Gelanggang Bowling Mydin Mall, Bukit Mertajam.

Tiada kata-kata lain selain dari ucapan Tahniah kepada semua AJK yang bertungkus lumus bagi menjayakan program bowling ini. Program ini telah mendapat sambutan seramai 21 orang peserta. Lelaki 15 orang dan Wanita 6 orang. Admin telah difahamkan bahawa ramai yang sedang bercuti panjang bagi menghabiskan cuti tahunan.

Walaupun angka penyertaan ini tidak lah besar jika dibandingkan dengan angka yang disasarkan di dalam kertas kerja, walaubagaimanapun ianya sangatlah meriah. Inilah semangat kesukanan yang kita inginkan dari semua ahli kelab dan kakitangan BTSP. Syabas diucapkan buat anda semua.

Pihak kelab ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tn. Pengerusi Kelab iaitu En. Mohd Faiz Syazwan Bin Zainal Abidin yang telah menyumbangkan 6 buah medal, 10 buah piala saguhati dan sebuah piala untuk katagori Golden Bowler. Ianya sangatlah bermakna buat semua pemenang-pemenang.

Rasa tidak menarik jika tidak dikongsikan gambar-gambar sekitar kejohanan tersebut. Jom kita pakat review di bawah ini....






















































Ini pula gambar pemenang pemenang di kejohanan tersebut... jom kita saksikan seperti di bawah.




























Ini pula adalah keputusan pertandingan:-


Begitulah serba sedikit entry admin pada kali ini. Diharapkan, pada tahun 2018 ini akan ada ramai lagi peserta peserta yang terlibat. Insyaallah...

Sekian dulu entry admin pada kali ini... Sama-sama kita tunggu apa pula aktiviti-aktiviti yang menunggu kita pada tahun 2018...

Assalamualaikum wbth...

1 comment:

  1. Seronoknya. X da buat terbuka ka boskur. Hehehehhe.... Nak join juga. Rindu kawan2

    ReplyDelete